Akaun Fleksibel KWSP diperkenal, boleh diakses bila-bila masa - PM

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memperkenalkan Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, akaun ahli KWSP akan distrukturkan semula untuk memperkasakan simpanan persaraan.

“Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan dan boleh diakses pada bila-bila masa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, kerajaan juga akan menambah baik program perlindungan sosial bagi memastikan golongan tumpuan terus mendapat perlindungan sewajarnya.

Tambah beliau, kadar tanggungan kerajaan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) akan ditingkatkan kepada 90 peratus dengan peruntukan RM100 juta.

Ujarnya lagi, had caruman padanan kerajaan di bawah program i-Saraan KWSP ditingkatkan kepada RM500 setahun, terhad kepada RM5,000 seumur hidup.

“Had caruman padanan kerajaan di bawah program i-Suri KWSP ditingkatkan kepada RM300 setahun, terhad kepada RM3,000 seumur hidup.

Artikel Berkaitan:

“Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah juga akan diteruskan dengan peruntukan RM50 juta, memanfaatkan lebih RM400 buat suri rumah wanita yang berdaftar di bawah e-Kasih,” ulasnya.

Anwar juga menyatakan bahawa program i-Sayang KWSP akan diperluas untuk membolehkan isteri memindahkan dua peratus caruman KWSP syer pekerja kepada suami.