Sumbangan Tunai Rahmah naik lagi sehingga RM3,700

Kerajaan akan meningkatkan kadar maksimum Sumbangan Tunai Rahmah (STR) daripada RM3,100 kepada RM3,700 bermula tahun depan. - Gambar hiasan
Kerajaan akan meningkatkan kadar maksimum Sumbangan Tunai Rahmah (STR) daripada RM3,100 kepada RM3,700 bermula tahun depan. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meningkatkan kadar maksimum Sumbangan Tunai Rahmah (STR) daripada RM3,100 kepada RM3,700 bermula tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar minimum STR bagi golongan belia dan isi rumah juga akan meningkat daripada RM300 kepada RM500.

“Insya-ALLAH bayaran ini akan disalurkan sebelum Ramadan dan dapat dimanfaatkan oleh sembilan juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

“Peruntukan ini akan meningkat sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan mengkreditkan ke dalam MyKad 200,000 penerima STR sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh enam bulan.

Ujarnya, setelah mengambil kira maklum balas yang amat baik, kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat SARA kepada 700,000 penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

"Melalui SARA, penerima hanya perlu ke kedai-kedai runcit untuk memberi keperluan asas hanya dengan menggunakan MyKad.

“STR 2024 juga akan mengambil pendekatan berbeza iaitu kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

“Insya-ALLAH, bayaran pertama sehingga RM500 akan dibuat pada bulan Februari 2024,” jelasnya.