Naik harga barang sesuka hati akan dikenakan tindakan - Anwar

Kerajaan tidak akan berdiam diri sekiranya penyasaran semula subsidi dijadikan alasan untuk menaikkan harga dengan semberono dan tidak munasabah. - Gambar hiasan
Kerajaan tidak akan berdiam diri sekiranya penyasaran semula subsidi dijadikan alasan untuk menaikkan harga dengan semberono dan tidak munasabah. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan berdiam diri sekiranya penyasaran semula subsidi dijadikan alasan untuk menaikkan harga dengan semberono dan tidak munasabah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi menjayakan hasrat penyasaran semula subsidi, hubungan perdagangan antara pembeli dan penjual haruslah jujur.

“Walaupun kita tidak menafikan hak peniaga untuk mengaut keuntungan yang munasabah, tetapi gejala kartel dan pakat harga yang menyebabkan kenaikan harga berlebihan dan tidak terkawal bertentangan dengan prinsip.

“Tumpuan Kerajaan adalah untuk menghapuskan amalan parasit ini melalui langkah kawalan ketat dan menyeluruh oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Parlimen pada Jumaat.

Beliau yang juga Menteri Kewangan itu berkata, ia juga termasuk usaha memperkukuh kapasiti dan fungsi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dengan peruntukan RM10 juta.

Artikel Berkaitan: