Golongan muda kurang faham isu Palestin

Muhd Fazreen (depan, dua dari kanan) dalam Himpunan Solidariti Bersama Gaza oleh NGO di Masjid Jamek Kampung Baru di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Muhd Fazreen (depan, dua dari kanan) dalam Himpunan Solidariti Bersama Gaza oleh NGO di Masjid Jamek Kampung Baru di Kuala Lumpur pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Generasi muda terutamanya golongan belia digesa supaya mengambil tahu tentang isu melibatkan Palestin bagi membuka minda berkaitan kekejaman Israel terhadap rakyat negara tersebut.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Muhd Fazreen Ismadi berkata, pemahaman tentang isu sebenar berkaitan isu Palestin dilihat kurang di kalangan golongan muda.

"Penghayatan berkaitan isu penjajahan Israel ke atas Palestin ini bukan satu isu yang baharu, ia sudah berlaku puluhan tahun dahulu.

Lebih 300 peserta terlibat dalam Himpunan Solidariti Bersama Gaza ini.
Lebih 300 peserta terlibat dalam Himpunan Solidariti Bersama Gaza ini.

"Isu Palestin ini memperlihatkan bagaimana kesan penjajahan luar terhadap sesebuah negara itu yang mana tanah air dirampas serta mengakibatkan harta benda menjadi milik penjajah," katanya ketika ditemui selepas Himpunan Solidariti Bersama Gaza oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Masjid Jamek Kampung Baru di sini pada Jumaat.

Katanya, kecekapan golongan muda dalam menggunakan pelbagai aplikasi media sosial perlu dimanfaat sebaiknya terutamanya melibatkan isu Palestin ini.

"Kongsikan secara meluas berkaitan isu kekejaman Israel ini terhadap rakyat Palestin ini supaya pemahaman tentang perkara ini dapat disebar luas.

"Medium media sosial ini bukankah sekadar hiburan, sukan atau pelbagai medium lain, ia perlu dimanfaat terutamanya dalam soal kesedaran berkaitan isu Palestin ini secara keseluruhan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Golongan kanak-kanak turut menyertai himpunan ini.
Golongan kanak-kanak turut menyertai himpunan ini.

Himpunan yang diadakan selepas solat Jumaat ini disertai lebih 300 peserta daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya Majlis Belia Malaysia (MBM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan beberapa NGO lain.

Himpunan aman ini antaranya diisi dengan ucapan pelbagai wakil NGO selain gimik tandatangan sokongan oleh NGO terlibat.