[VIDEO] 'Kuatlah adik...ALLAH sentiasa bersamamu'

Video yang berdurasi 15 saat itu kini tular di media sosial yang meraih 876,600 tontonan.
Video yang berdurasi 15 saat itu kini tular di media sosial yang meraih 876,600 tontonan.
A
A
A

SYRIA - Perkongsian video daripada seorang pengguna Twitter yang memaparkan seorang seorang kanak-kanak Syria yang menangis setelah kakaknya terkorban dalam serangan bom di negara itu mengundang sebak di kalangan warganet.

@aha00x melalui laman Twitter miliknya turut memuat naik status melalui video tersebut yang memberitahu “Kanak-kanak Syria yang terselamat daripada serangan bom tetapi beberapa ahli keluarganya tidak terselamat,” tulisnya.

Video yang berdurasi 15 saat itu kini tular di media sosial yang meraih 876,600 tontonan dan rata-rata warganet juga hiba melihat kanak-kanak ini dan turut mendoakan keperitan yang dialami oleh warga Syria akan berakhir.

Reaksi warganet kesedihan kanak-kanak itu.
Reaksi warganet kesedihan kanak-kanak itu.

“Sebak aku melihat video ini, usia kanak-kanak mereka telah kehilangan keluarga, Ya ALLAH kau kuatlahlah hati dia untuk dia menghadapi dugaan yang telah engkau berikan. Semoga ALLAH sentiasa merahmatimu adik,” tulis Azim Dahim di Facebook.

Lin Amalina pula memberitahu “Bergenang air mata kau melihat video ini. Kau permudahlah urusan kanak-kanak ini ya ALLAH. Semoga dia sentiasa dipermudahkan urusan oleh ALLAH."

Artikel Berkaitan: