Maggi hargai ‘air tangan’ rakyat Malaysia

Pameran 12 rempah ratus yang dipilih dengan teliti oleh Chef Maggi untuk mencipta Mi Kari 2 Minit Maggi yang ikonik.
Pameran 12 rempah ratus yang dipilih dengan teliti oleh Chef Maggi untuk mencipta Mi Kari 2 Minit Maggi yang ikonik.
A
A
A

SHAH ALAM - Selama lebih lima dekad, Maggi telah mendapat tempat istimewa dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Sejak 1969, produk kegemaran ramai seperti Sos Cili dan Mi 2 Minit Maggi telah menyatukan ramai rakyat Malaysia di rumah dan menjadi sebahagian penting daripada detik indah mereka menikmati hidangan yang lazat.

Ikatan istimewa dengan Maggi telah menyaksikan jenama itu hadir di sembilan daripada setiap 10 isi rumah, sekali gus membuktikan Maggi sebagai jenama kegemaran untuk menunjukkan kasih sayang menerusi ‘air tangan’ yang disediakan dengan sentuhan peribadi dalam setiap hidangan.

Dalam majlis sambutan Maggi Sah Malaysia pada Jumaat lalu, Maggi menzahirkan ‘citarasa’ Malaysia sebenar menerusi ‘air tangan’ rakyat Malaysia.

Seramai empat penggemar makanan dengan bangganya mengetengahkan ‘air tangan’ masing-masing dengan menyediakan hidangan lazat menggunakan pelbagai produk Maggi.

Antara yang menarik perhatian ialah gandingan klasik, iaitu ayam masak merah dengan nasi tomato yang disediakan secara kreatif dengan sentuhan yang lebih sihat dan transformasi sebungkus paket sederhana Mi Asam Laksa Maggi kegemaran ramai yang diolah menjadi masakan asli Sabah menggunakan ramuan tempatan, jeruk tuhau.

Maggi dihasilkan oleh rakyat Malaysia, dengan dua kilang pengeluaran di Selangor dan Sarawak, yang bertekad membawakan citarasa tempatan kepada isi rumah di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols berkata, Maggi berbangga dengan seluruh rakyat Malaysia yang telah membina jenama itu dari generasi ke generasi.

Artikel Berkaitan:

Juan Aranols dan Ivy Tan merasmikan sambutan Maggi Sah Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Juan Aranols dan Ivy Tan merasmikan sambutan Maggi Sah Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

“Bermula daripada peladang Kelab Cili Nestlé yang bekerja dengan sepenuh hati di kawasan Pantai Timur, kepada cef-cef berbakat, rakan-rakan sekerja yang berusaha gigih di kilang, wakil-wakil jualan, tenaga pekerja promosi produk dan seluruh pasukan komersial kami yang mewakili citarasa terbaik Malaysia, kami amat menghargai jasa anda.

“Inilah caranya kami dapat membekalkan produk yang memenuhi jangkaan tinggi rakyat Malaysia secara konsisten, dengan penuh kepercayaan dan kasih sayang,” kata Juan Aranols.

Sempena sambutan itu, Maggi juga mengiktiraf beberapa rakan sekerja berdedikasi yang telah berusaha gigih di belakang tabir untuk menyokong jenama kegemaran ramai ini.

Antaranya termasuk penanam cili, Noraini Ismail, yang sentiasa meningkatkan kemahiran dengan teknik perladangan baharu sejak 23 tahun lepas, untuk memastikan tanah yang diusahakannya sentiasa subur dan menghasilkan cili bermutu tertinggi untuk sos cili Maggi.

Turut menerima pengiktirafan oleh Maggi ialah Pengurus Jaminan Kualiti Kilang, Mohd Khusaini Awang yang sepanjang tempoh 27 tahun lepas telah menjamin kualiti dan konsistensi citarasa Mi Kari 2 Minit MAGGI yang digemari rakyat Malaysia. Penghargaan turut diberikan kepada insan-insan lain dengan kisah penuh inspirasi.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, Maggi telah mencipta banyak kenangan indah dan manis bagi rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat, menerusi produk yang memberikan citarasa yang digemari ramai.

Maggi meraikan air tangan rakan sekerja seperti penanam cili, pengendali,
pengurus jaminan kualiti kilang, pemandu fork lif, chef, duta, dan promoter Maggi yang telah berusaha gigih di belakang tabir untuk menyokong jenama kegemaran ramai ini.
Maggi meraikan air tangan rakan sekerja seperti penanam cili, pengendali, pengurus jaminan kualiti kilang, pemandu fork lif, chef, duta, dan promoter Maggi yang telah berusaha gigih di belakang tabir untuk menyokong jenama kegemaran ramai ini.

“Kami benar-benar bangga dan bersyukur kerana berpeluang menjadi jenama sebutan ramai di Malaysia. Citarasa ini menjadi kebanggaan jenama Maggi kerana ia merupakan ‘air tangan’ rakyat Malaysia.

“Merekalah yang menyediakan sajian dengan penuh kasih sayang dan sentuhan peribadi, yang amat kami hargai. Baik MAGGI Kari telur pecah yang mudah dimasak untuk orang tersayang mahupun Nasi Beriani Ayam untuk majlis kenduri yang menghimpunkan seisi keluarga, semuanya bertujuan mencetus kenangan manis yang dikongsi bersama.

“Inilah yang menjadikan Maggi jenama sebenar Malaysia, yang dibuat oleh rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia,” tambah Ivy Tan.

Sepanjang tempoh sambutan ini, Maggi menyeru rakyat Malaysia untuk berkongsi kisah ‘Air Tangan’ mereka sendiri dengan hashtag #MAGGIAirTanganKita dan tag @maggi.malaysia.

Hantaran boleh dibuat dalam bentuk gambar atau video yang memaparkan resipi kegemaran atau detik indah dalam kehidupan mereka melibatkan mana-mana produk Maggi.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen MAGGI® SAH Malaysia, sila layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-sah-malaysia/.