Memancing sambil derma ke Tabung Palestin

Wan Muhammad Hafizzul (dua,kanan) memaklumkan lapan pemancing dari Indonesia yang turut sama dalam Cabaran Memancing Negeri Pahang pada 21 Oktober ini di Tasik Pelindung di sini.
Wan Muhammad Hafizzul (dua,kanan) memaklumkan lapan pemancing dari Indonesia yang turut sama dalam Cabaran Memancing Negeri Pahang pada 21 Oktober ini di Tasik Pelindung di sini.
A
A
A

KUANTAN - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang akan menyumbang lima peratus dari yuran penyertaan Cabaran Memancing Negeri Pahang kepada Tabung Palestin Pahang sebagai menzahirkan solidariti terhadap umat Islam di Palestin.

Pengerusinya, Wan Muhammad Hafizzul Wan Ismail berkata, usaha yang dirintis itu bagi meringankan beban terhadap nasib saudara seagama yang berdepan cabaran besar di negara terbabit.

"Kami tidak mampu hendak pergi berperang kat sana (Palestin), jadi kami anjurkan cabaran (pertandingan) memancing dan kami sumbangkan lima peratus hasil yuran pendaftaran ke Tabung Palestine untuk meringankan beban Palestin.

"Malah, sumbangan ini mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri Pahang, apabila turut melakukan tindakan sama. Justeru kita pun bersama-sama menyumbangkan terus ke tabung Palestin negeri Pahang insya-Allah," katanya dalam satu sidang akhbar di sini pada Khamis.

Wan Muhammad Hafizzul
Wan Muhammad Hafizzul

Cabaran memancing anjuran bersama GPMS, Pemuda UMNO Pahang dan Yessboss Group itu dijangka menarik penyertaan lebih 3,000 kaki pancing dari seluruh negara.

Pertandingan itu akan diadakan di Tasik Pelindung pada 21 Oktober ini dan kadar yuran sebanyak RM100.

Wan Muhammad Hafizzul berkata, lapan pemancing dari Indonesia antara yang sudah mengesahkan penyertaan dalam pertandingan terbabit.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut pertandingan itu, beliau berkata, pendaftaran bagi pertandingan berkenaan boleh dibuat melalui pautan disediakan di laman sosial Facebook GPMS Pahang, Pemuda UMNO Pahang dan laman sesawang Yessboss.

"Hadiah keseluruhan yang ditawarkan ialah wang tunai ditawarkan sebanyakRM100,000 dan 300 penyertaan terawal akan menerima baju T disediakan penganjur.

"Selain itu, kita juga menyediakan hadiah cabutan bertuah serta pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak dan wanita yang hadir pada hari pertandingan," katanya lagi.

Wan Muhammad Hafizzul memaklumkan sebanyak dua tan ikan keli akan dilepaskan ke Tasik Pelindung, sehari sebelum pertandingan berlangsung.

Katanya, pertandingan itu menggunakan format tangkap, timbang dan lepas manakala pemancing yang ingin membawa pulang ikan dipancing perlu membayar kepada pihak penganjur.