X

Kindly register in order to view this article
!

‘Lembu percuma, kiriman penduduk Felda Chini’

Perkongsian toleh Rodong Koi kini tular di media sosial
A
A

FELDA CHINI - Kempen ‘sinis’ terhadap pemilik lembu yang tidak bertanggungjawab membiarkan binatang tersebut berkeliaran di jalan raya mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya di media sosial.

Gambar kain rentang dengan tulisan 'Kempen selamatkan pengguna jalan raya. Lembu di jalanan hak awam, sila ambil" yang digantung pada papan tanda arah ke Felda Chini dikongsikan oleh kumpulan Rodong Koi di Facebook milik mereka.

RodongKoi turut berkongsi gambar lembu yang berkeliaran di jalan raya dengan memuat naik status “Lembu percuma,” kiriman penduduk Bandaraya Chini.

Antara reaksi netizen yang bersetuju dengan kempen yang dilakukan dan menyokongnya bagi memberi pengajaran kepada pemilik lembu agar lebih teliti dalam memerhati lembu tersebut.
Antara reaksi netizen yang bersetuju dengan kempen yang dilakukan dan menyokongnya bagi memberi pengajaran kepada pemilik lembu agar lebih teliti dalam memerhati lembu tersebut.

Perkongsian tersebut kini tular di media sosial dan rata-rata netizen bersetuju dengan kempen yang dilakukan dan menyokongnya bagi memberi pengajaran kepada pemilik lembu supaya memberi perhatian kepada lembu tersebut.

“Orang Kuantan siapa nak lembu percuma boleh pergi ke Felda Chini. Orang-orang Felda Chini sudah kira lembu berkeliaran hak awam. Seekor kalau jual tak lari RM2000, wow...kalau 20 ekor tak ke kaya. Jangan lepaskan peluang keemasan, lesen sudah diberikan penduduk kampung,” tulis Firdauslindafakhrul Fakhrul di Facebook.

Kempen ‘sinis’ yang dilakukan oleh pihak tidak dikenali kepada pemilik lembu yang tidak bertanggungjawab membiarkan binatang tersebut berkeliaran di jalan raya.
Kempen ‘sinis’ yang dilakukan oleh pihak tidak dikenali kepada pemilik lembu yang tidak bertanggungjawab membiarkan binatang tersebut berkeliaran di jalan raya.

Sani Rahimi pula menulis, “Patut pun kita ambil, siapa suruh mereka biarkan lembu mereka berkeliaran sesuka hati begitu. Bukan sahaja mengundang bahaya namun boleh membawa maut kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut."


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!