Lelaki ditahan bersama syabu RM18,370

Suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah. - Gambar hiasan
Suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah. - Gambar hiasan
A
A
A

TUMPAT - Polis merampas syabu bernilai RM18,370 selepas menahan seorang lelaki dalam serbuan di hadapan rumah yang tidak bernombor di Kampung Geting, Pengkalan Kubor di sini pada Selasa.

Suspek ditahan pada jam 11.30 malam oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat dan anggota ronda cegah jenayah Balai Tumpat serta Chabang Empat.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan telah menjumpai satu bekas plastik lut sinar dengan penutup warna merah jambu berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 91.85 gram.

"Saringan awal mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah.

"Kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Sesyen 15(1)(a) ADB 1952," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Amran berkata, suspek direman selama tujuh hari bermula Rabu.

"Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah penyalahgunaan dadah, orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di talian 09-7257222 atau di balai-balai yang berdekatan," katanya.

Artikel Berkaitan: