Serba tak kena, Sophia Albarakbah akui emosi terganggu

Sophia Albarakbah - FOTO ROSLI TALIB/SINAR HARIAN
Sophia Albarakbah - FOTO ROSLI TALIB/SINAR HARIAN
A
A
A

“SAYA tidak memulakan apa-apa, kenapa saya yang dipersalahkan?”

Itu luahan yang dibuat oleh pelakon yang semakin meningkat naik, Sophia Albarakbah selepas kontroversi demi kontroversi yang melanda dirinya sejak awal tahun ini.

Tegas Sophia, 30, kontroversi yang berlaku sedikit sebanyak mengganggu emosi dirinya sedangkan dia tidak memulakan apa-apa.

“Secara jujur memang saya tertekan kerana menjadi sasaran dan tohmahan orang, ada sahaja tindak tanduk saya yang tidak kena di mata orang lain.

“Bagaimanapun lama kelamaan saya bangkit lebih kuat kerana perkara itu mematangkan saya. Sebagai anak seni, saya tahu, saya tidak boleh lari dari semua itu (kontroversi),” jelasnya.

Sophia berkata demikian ketika ditemui usai majlis pelancaran filem terbaharu lakonannya, Harimau Malaya: The Untold Journey di sebuah hotel di Petaling Jaya pada Selasa.

Dalam pada itu, ditebak mengenai panggilan penyondol yang dilempar kepadanya, Sophia, 30, tidak bersetuju dengan perkara itu.

“Kenapa pelakon lelaki berstatus suami orang kena berjaga-jaga sebab saya? Kenapa tidak mereka yang behave?

Artikel Berkaitan:

“Saya tak ‘sondol’ sesiapa okey. Buka kamus dan fahami maksud sondol itu apa,” tegasnya.

Sebelum ini, ada yang menggelarnya penyondol atau perampas selepas didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi serta pelakon, Aliff Aziz

Perkara itu mulai panas selepas isteri Aliff, Bella Astillah mendedahkan tentang kewujudan seorang pelakon perempuan yang menyimpan hati terhadap suaminya selepas mereka bergandingan dalam sebuah drama.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!