PM Australia dikecam bercuti ketika negara dilanda bencana

Keaton (kiri) dan O'Dwyer terkorban ketika memadamkan kebakaran di Sydney kelmarin. - Foto AFP
Keaton (kiri) dan O'Dwyer terkorban ketika memadamkan kebakaran di Sydney kelmarin. - Foto AFP
A
A
A

SYDNEY - Kematian dua anggota bomba ketika membantu memadamkan api di sini menyebabkan Perdana Menteri Australia, Scott Morrison membuat permohonan maaf secara terbuka dan memaksanya memendekkan percutian di Hawaii.

"Saya menyesal dengan sebarang kesalahan terhadap mana-mana rakyat Australia yang terjejas oleh kebakaran hutan yang dahsyat ketika saya dan keluarga sedang bercuti," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Tindakan itu selepas dia dikecam pelbagai pihak termasuk warganet yang mewujudkan tanda pagar khas #WhereIsScomo.

Geoffrey Keaton, 32, dan Andrew O'Dwyer, 36, meninggal dunia semalam apabila sebatang pokok menghempap jentera bomba yang dinaiki mereka dan turut mencederakan tiga anggota lain.

Ternyata ketiadaan Morrison ketika tragedi itu telah menyebabkan protes jalanan dan kemarahan warga media sosial. - AFP

Artikel Berkaitan: