Anwar tiba di India untuk lawatan lima hari

Anwar Ibrahim - Foto Bernama
Anwar Ibrahim - Foto Bernama
A
A
A

NEW DELHI - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di New Delhi pada Selasa untuk lawatan lima hari dan bakal mengadakan perbincangan dengan pemimpin kerajaan dan perniagaan.

Beliau turut dijadual berucap di persidangan 'Dialog Raisina' pada Khamis, anjuran kumpulan pemikir Yayasan Pemerhati Penyelidikan (ORF) dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Luar India.

Turut menyertai lawatan itu empat ahli Parlimen Malaysia.

Pada Jumaat Anwar dijangka mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri negeri Karnataka, H. D. Kumaraswamy di Bengaluru di samping menyertai interaksi perniagaan anjuran Gabungan Industri India (CII).

Selain itu, beliau bakal bertemu sekumpulan pemimpin kanan industri teknologi, kata seorang pegawai CII kepada Bernama.

Menurut laman web ORF, 'Dialog Raisina' adalah persidangan pelbagai hala bertujuan menangani isu paling mencabar yang dihadapi masyarakat global. - Bernama

Artikel Berkaitan: