X

Kindly register in order to view this article
!

Hasrat pergi kenduri tidak kesampaian

Kereta Perodua Myvi remuk selepas kenderaan dinaiki lima sekeluarga maut dalam kemalangan di Kilometer 427.5 Lebuhraya Utara Selatan, di Kuala Kubu Bharu hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 427.5 Lebuhraya Utara Selatan di Kuala Kubu Bharu hari ini dipercayai dalam perjalanan untuk menghadiri kenduri perkahwinan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Azman Ab Rahman berkata, mereka yang menaiki Perodua Myvi berkonvoi bersama dua lagi kenderaan dari Kedah menuju ke Shah Alam.

Menurutnya, berlaku kesesakan trafik sebelum kejadian itu ekoran kemalangan membabitkan sebuah lori terbalik.

“Dua kenderaan yang berkonvoi termasuk kereta dinaiki lima mangsa sudah melepasi laluan kemalangan, namun kereta Myvi berada di lorong kiri tiba-tiba melanggar bahagian belakang sebuah lori bergerak perlahan yang membawa muatan buah," katanya.

Katanya, kemalangan itu mengakibatkan semua mangsa maut di lokasi kejadian.

Kelima-lima yang maut itu ialah pesara tentera, Mohamad Rodzi Abdul Kadir, 52, dan isterinya, Jamilah Jalim @Jamil, 47, bersama anak mereka, Nur Intan, 18.

Turut terkorban, kakak ipar Mohamad Rodzi, Bashirah [email protected], 49 dan anaknya, Nur Shifa Abdul Rashid, 17.

ARTIKEL BERKAITAN Lima sekeluarga maut rempuh lori


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus