[VIDEO] Aksi Ronaldo 'terbang' tanduk bola memukau

Aksi Ronaldo dalam aksi pagi tadi curi perhatian netizen.
Aksi Ronaldo dalam aksi pagi tadi curi perhatian netizen.
A
A
A

PEMINAT sukan bola sepak pasti ternanti-nanti jaringan menarik oleh penyerang sensasi Juventus, Cristiano Ronaldo.

Setelah berhijrah dari Real Madrid, pemain kebangsaan Portugal ini sering melakar sejarah gemilang kelab dan dunia bola sepak secara seluruhnya.

Terbaharu menerusi Twitter Ross Dyer, video klip memaparkan Ronaldo melonjak ke udara ketika membuat tandukan jaringan pada minit ke-44 mencuri perhatian netizen.

Ronaldo yang menerima hantaran jauh daripada Alex Sandro berjaya melakukan tandukan dan menewaskan penjaga gol Sampdoria.

Hasil jaringan itu memastikan pasukannya meraih tiga mata penuh ketika perlawanan Serie A bertemu dengan Sampdoria dengan jaring 2-1.

Menurut laporan media antarabangsa, lonjakan ke udara tersebut mencecah sehingga 2.56 meter yang memerlukan Ronaldo berada di udara selama 1.5 saat.

Ronaldo yang ditemu ramah selepas perlawanan menyifatkan pihak lawan bermain dengan cemerlang.

"Saya sangat gembira dengan kemenangan itu. Sampdoria bermain sangat baik. Pasukan itu mempunyai sikap yang baik," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terpegun melihat aksi Ronaldo, rata-rata netizen nyata bangga dengan persembahan pemain itu dan menyatakan jaringan itu adalah tercantik setakat ini.

Klip video durasi 13 saat mencecah 1.2 juta tontonan hingga tular di laman sosial