Permainan untuk sokongan emosi disediakan di PPS

Permainan ting ting, dam ular gergasi, jigsaw puzzle dan roda impian yang dikendalikan oleh Kaunselor dan Sukarelawan JKM untuk aktiviti mangsa banjir di PPS di Pahang.
Permainan ting ting, dam ular gergasi, jigsaw puzzle dan roda impian yang dikendalikan oleh Kaunselor dan Sukarelawan JKM untuk aktiviti mangsa banjir di PPS di Pahang.
A
A
A

KUANTAN - Dam ular gergasi, tingting, susun suai gambar (jigsaw puzzle) dan roda impian antara permainan yang disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di negeri ini.

Pengarah JKM Pahang, Zulkhairi Zainal Abidin berkata, permainan disediakan itu antara pengisian aktiviti Kaunselor dan Sukarelawan JKM di PPS seluruh Pahang selari dengan fungsi JKM dalam menyelaras keperluan sokongan emosi dan kaunseling kepada mangsa bencana.

"Emosi dan psikologi mangsa banjir berada dalam keadaan sedih, panik dan bimbang kerana rumah mereka ditenggelami air. Bagi kanak-kanak pula mereka berkemungkinan menghadapi trauma atau sebarang situasi yang boleh menjejaskan emosi.

"Adalah menjadi peranan kaunselor dan sukarelawan JKM untuk memberikan sokongan emosi kepada mangsa-mangsa di samping menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Orang dewasa juga tidak melepaskan peluang bermain ting- ting di PPS.
Orang dewasa juga tidak melepaskan peluang bermain ting- ting di PPS.

Dalam pada itu, Zulkhairi berkata, JKM menyediakan kit makanan mengandungi biskut, air mineral dan air jus botol di PPS Bera, Rompin dan Temerloh bagi tempoh 14 hingga 18 Disember ini.

Selain itu, bekalan makanan juga disalurkan antaranya beras, minyak masak, biskut tin, teh uncang, gula pasir, kopi, garam halus dan sardin tin selain bekalan makanan basah yang dimasak secara gotong royong oleh sukarelawan JKM.

"Kit bencana berbentuk toto, selimut, tikar dan tuala mandi juga turut dibekalkan di PPS terbabit," katanya.

Artikel Berkaitan:

Permainan roda impian disediakan.
Permainan roda impian disediakan.

Peralatan pembersihan pasca bencana disediakan JKM.
Peralatan pembersihan pasca bencana disediakan JKM.