Terus perkasa kebajikan penjawat awam: Azih

Azih
Azih
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda mahu penggantinya meneruskan perjuangan menjaga kebajikan penjawat awam terutamanya kumpulan B40 dan M40.

Beliau juga berharap, kesatuan itu dapat memastikan kebajikan penjawat awam dari segi pemilikan rumah, pendidikan, kehidupan yang lebih lestari termasuk kesihatan terus diberi perhatian.

“Sebagai Presiden yang bakal menerajui Cuepacs, menjadi tanggungjawab mereka untuk melaksanakan inovasi baharu selain turut berkolaborasi dengan pihak kerajaan, kerajaan negeri serta badan berkanun.

“Selain itu mereka juga harus aktif turun padang dan melihat permasalahan yang dihadapi rakyat,” katanya kepada Sinar Harian.

Azih juga berharap, Cuepacs akan terus menjadi kesatuan yang dihormati dan menjadi rujukan penting berkenaan kebajikan penjawat awam.

“Sesiapapun yang menjadi Presiden, mereka perlu jelas dalam menentukan hala tuju kesatuan,” katanya.

Artikel Berkaitan: