Wartawan Jepun menang kes berprofil tinggi

Ito tidak dapat menahan perasaan selepas menang dalam tuntutan kes sivilnya hari ini. - Foto AFP
Ito tidak dapat menahan perasaan selepas menang dalam tuntutan kes sivilnya hari ini. - Foto AFP
A
A
A

TOKYO - Sebuah mahkamah di Jepun hari ini mengarahkan bekas wartawan Noriyuki Yamaguchi membayar pampasan bernilai AS$30,000 (RM124,284) kepada wartawan Shiori Ito dalam tuntutan sivil yang menuduh Yamaguchi merogolnya.

Kes berprofil tinggi itu menjadi tajuk utama di Jepun dan luar negara kerana jarang berlaku mangsa rogol melaporkan jenayah yang berlaku ke atasnya kepada pihak polis.

Ito turut menjadi simbol kelantangan #MeToo, sebuah gerakan menentang gangguan seksual dan penderaan.

Wanita itu memohon ganti rugi berjumlah AS$100,000 (RM414,280) kepada bekas wartawan tersebut yang juga mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri, Shinzo Abe.

Ito mendakwa dirogol selepas Yamaguchi menjemputnya untuk makan malam bagi membincangkan peluang pekerjaan pada 2015.

Yamaguchi bagaimanapun menafikan sebarang salah laku dan memfailkan saman balas terhadap Ito serta menuntut pampasan AS$1.18 juta (RM4.9 juta).

"Kami menang. Tuntutan balas ditolak. Sejak saya bangun pagi ini, saya terima banyak mesej dari seluruh dunia memberitahu mereka sentiasa ada bersama saya tidak kira apa berlaku kerana apa yang saya lakukan ini sangat bermakna," katanya.

Ito mula bersuara pada 2017, tidak lama selepas gerakan #MeToo namun rakyat di negara itu melihat tindakannya sebagai ganjil. - AFP

Artikel Berkaitan: