Tahanan Palestin dibiar kesejukan di penjara Israel

Tahanan Palestin di penjara Megiddo kekurangan bekalan selimut tebal bagi mengharungi cuaca sejuk yang melanda wilayah Israel. - Foto Agensi
Tahanan Palestin di penjara Megiddo kekurangan bekalan selimut tebal bagi mengharungi cuaca sejuk yang melanda wilayah Israel. - Foto Agensi
A
A
A

RAMALLAH - Tahanan Palestin di penjara Israel berdepan risiko kesihatan akibat suhu rendah dan cuaca sejuk yang melanda Asia Barat sejak lebih seminggu lalu.

Lebih memburukkan keadaan apabila penjara Megiddo yang menempatkan puluhan tahanan Palestin tidak menyediakan selimut dan pakaian tebal.

Menurut Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, rejim Zionis turut menghalang keluarga membawa pakaian dan keperluan musim sejuk kepada ahli keluarga mereka yang dikurung di penjara tersebut.

“Cuaca sejuk boleh menyebabkan suhu badan menjadi rendah selain mengundang penyakit lazim seperti demam, selesema, batuk dan hipotermia.

“Lebih parah, jumlah tahanan di penjara Megiddo terlalu ramai sedangkan selimut tebal amat sedikit.

“Situasi ini memaksa tahanan Palestin berkongsi selimut bagi mengelak terkena hipotermia,” kata jawatankuasa itu.

Seluruh wilayah Israel ketika ini mengalami cuaca sejuk dengan suhu antara 12 hingga 18 darjah Celsius yang dicatat di Haifa, Tel Aviv dan Beer Sheva.

Baitulmaqdis mencatat suhu serendah 13 darjah Celsius pada waktu siang dan 9 darjah Celsius pada sebelah malam. - Agensi

Artikel Berkaitan: