Pemandu e-hailing berang terima bayaran RM6

Paparan Twitter @CGigibesi tular di laman sosial.
Paparan Twitter @CGigibesi tular di laman sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Gara-gara mengeluh menerima bayaran tambang serendah RM6, pemandu perkhidmatan e-hailing dikecam netizen.

Berkongsi pengalaman pelayar Twitter @CGigibesi apabila menerima seorang pemandu perkhidmatan e-hailing yang disifatkan sangat biadab.

Katanya, kadar bayaran RM6 telah ditetapkan lebih awal menerusi aplikasi namun pemandu itu tidak berpuas hati.

"Masa itu hujan dan masa dia hubungi, dia berada di bus stop di mana lokasinya agak jauh dari tempat sepatutnya kami tunggu. Kami terpaksa redah hujan, tapi kami ok sebab tak nak susahkan dia," ciapnya.

Bila masuki ke dalam kereta, @CGigibesi bertanyakan kenapa tidak berhenti di lokasi sepatutnya namun secara tiba-tiba pemandu tersebut berang.

Pemandu itu juga mempersoalkan harga RM6 tidak wajar kerana terlalu sedikit yang kemudiannya menghantar wanita itu ke lokasi asalnya.

Perkongsian wanita itu mendapat perhatian netizen yang juga berkongsi pengalaman sama.

@thissolyyyyd berkata, "Jadi juga macam ni semalam. Pemandu hubungi dah sampai tapi dia tunggu tempat lain. Then bila cakap saya boleh pergi dekat kereta dia, dia cakap okay dan separuh jalan, dia batalkan my order!. Dah la tengah hujan... jalan dalam hujan lepas itu kena batal."

Artikel Berkaitan:

Kata @Irw10096708, "Saya pun ada pengalaman buruk, memang pemandu itu sikap kurang ajar. Masa masuk kereta dah marah-marah. Takut masa itu, nasib baik dengan kawan, dah lah ambil duit lebih dari yuran dari aplikasi itu."

Sehingga kini video berdurasi 15 saat dikongsi @CGigibesi mencecah 111,400 tontonan daripada netizen.