Warga emas ditahan ugut bunuh Exco Perak

No Image Caption
A
A
A

TELUK INTAN - Seorang kontraktor ditahan bagi membantu siasatan membabitkan kes ugutan bunuh Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, tangkapan tersebut dibuat berdasarkan laporan polis pada 14 Disember lalu oleh Naib Ketua Pemuda Amanah Perak, Ahmad Munzirie Ahmad Kabir yang terbaca komen berbaur ugutan pada satu akaun Facebook.

"Lelaki berusia 62 tahun itu ditahan di Ipoh kira-kira jam 6.30 petang semalam dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Lelaki terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak untuk siasatan lanjut bersama barang-barang rampasan. Siasatan lanjut dijalankan dan individu berkenaan ditahan reman selama tiga hari berakhir Khamis ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Mohd Marzukhi berkata, semakan mendapati individu yang ditahan mempunyai rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Hasnul Zulkarnain memberi keterangan di Balai Polis Sungai Senam berhubung kes ugutan bunuh diterimanya beberapa hari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Exco Perak terima ugutan bunuh

Artikel Berkaitan: