Pervez Musharraf dijatuhi hukuman mati

Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf dijatuhi hukuman mati.
Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf dijatuhi hukuman mati.
A
A
A

ISLAMABAD - Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf dijatuhi hukuman mati susulan kes pengkhianatan.

Bbekas jeneral berkenaan dibicara secara absentia selepas meninggalkan negara beberapa tahun lalu untuk menjalani rawatan.

Sebuah mahkamah khas di Islamabad hari ini memutuskan hukuman mati terhadap Musharraf susulan keputusan undian 2-1.

Beliau yang memerintah selama 10 tahun dituduh menggulingkan Perlembagaan Pakistan bagi mengekalkan kuasa.

Keputusan diumumkan selepas penangguhan selama beberapa minggu ekoran usaha saat akhir kerajaan Pakistan dan pihak pembelaan Musharraf untuk memanjangkan kes yang dilancarkan pada tahun 2013 itu. Keputusan tersebut bagaimanapun tertakluk kepada rayuan.

Musharraf hidup dalam buangan sejak kehilangan kuasa pada tahun 2008, beliau kembali ke Pakistan pada tahun 2013 untuk menyertai pilihan raya umum namun didapati tidak layak bertanding lalu dikenakan tahanan rumah susulan keputusan mengisytiharkan darurat pada tahun 2007.

Pada tahun berikutnya, Musharraf dibenar meninggalkan Pakistan bagi menjalani rawatan.

Bekas pemimpin Pakistan itu berkata, pendakwaan terhadapnya bersifat politik dan dia hanya berhasrat berkhidmat sebagai komander tentera dan kemudian presiden. Dua minggu lalu beliau dilaporkan dihantar ke sebuah hospital di Dubai susulan masalah jantung. - Agensi

Artikel Berkaitan: