Redah banjir demi selamatkan anjing

Seorang lelaki menyelamatkan seekor anjing dari bah di sini.
Seorang lelaki menyelamatkan seekor anjing dari bah di sini.
A
A
A

SIMPANG RENGGAM - Tindakan seorang lelaki yang sanggup menggadaikan nyawa sendiri demi menyelamatkan seekor anjing yang berada di tengah air bah mendapat perhatian netizen.

Menerusi video dimuat naik di Facebook Bojod Azmi, Ahad lalu memaparkan rakannya meredah air bah setinggi 1.2 meter secara berhati-hati menuju ke sebuah pondok menempatkan seekor anjing yang ditambat oleh tuannya dalam sebuah ladang kelapa sawit.

Video berdurasi 1 minit 24 saat itu menunjukkan anjing itu menyalak dan melompat apabila lelaki itu menghampirinya dan berkemungkinan aksi itu sebagai tanda berterima kasih di atas bantuan tersebut.

Lelaki itu berjaya membawa anjing itu ke lokasi yang selamat iaitu ke jalan raya sebelum memberi makanan dan minuman.

Difahamkan, anjing itu enggan pergi dari lokasi tersebut sebaliknya mahu menunggu kedatangan tuannya.

Netizen di media sosial meluahkan rasa bersyukur dan memuji tindakan mulia tiga lelaki berkenaan yang mengambil inisiatif menyelamatkan haiwan tersebut, malah ada juga menggelarkan mereka hero kerana berjaya menyelamatkan anjing tersebut daripada lemas.

Kata Ridzwan Richard Gisot, "Melompat-lompat anjing tu kegembiraan apabila menyedari ada orang datang menyelamatkannya. Anjing ini pasti akan ingat kepada penyelamatnya sampai akhir hayat, setia adalah sifat semula jadi binatang peliharaan ini," tulisnya.

Andak, "Entah berapa lama dia berendam dalam air. Kesian dia sejuk," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah Shazana Jezebel, "Terima kasih sebab tolong anjing tu, punyalah dia gembira ada orang datang nak selamatkan dia, mesti dia bersyukur sangat," ujarnya.

Kin M Kwok berkata, "Terbaik bro kerana selamatkannya."

Sehingga kini, video itu mencecah 526,000 tontonan, 4,300 komen dan 10,000 perkongsian daripada netizen.

operasi brjaya menyelamatkn 1 nyawa..dh taw musim hujan musim2 bnjir ap punya bingai tuan punye anjing xtaw la ge ikat anjing 2...mmg anjing punye tuan anjing..

Posted by Bojod Azmi on Sunday, December 15, 2019