3 jam hantar bekalan

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Anggota bomba terpaksa menempuh perjalanan sukar hampir tiga jam untuk menghantar bantuan bekalan kepada 35 mangsa banjir di Ladang Sungai Enggang, Kampung Bukit Lepas di Rompin dekat sini selepas kawasan itu terputus hubungan akibat banjir, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Nor Hisham Mohammad berkata, kesukaran dihadapi itu berikutan limpahan air di beberapa laluan selain keadaan jalan sempit.

Laluan ke Ladang Sungai Enggang berdepan kesukaran ekoran beberapa lokasi laluan dilimpahi air dan keadaan jalan yang sempit.
Laluan ke Ladang Sungai Enggang berdepan kesukaran ekoran beberapa lokasi laluan dilimpahi air dan keadaan jalan yang sempit.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rompin diketuai seorang pegawai bersama kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat berdepan kesukaran untuk masuk ke lokasi.

"Dua kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori digunakan dalam operasi penghantaran bekalan ini," katanya melalui satu kenyataan tengah malam tadi.

Laluan ke Ladang Sungai Enggang berdepan kesukaran ekoran beberapa lokasi laluan dilimpahi air dan keadaan jalan yang sempit.
Laluan ke Ladang Sungai Enggang berdepan kesukaran ekoran beberapa lokasi laluan dilimpahi air dan keadaan jalan yang sempit.

Menurutnya, mangsa yang terjejas di ladang itu melibatkan sembilan keluarga termasuk 17 kanak-kanak.

Situasi banjir di Rompin semakin serius apabila 1,003 mangsa membabitkan 256 keluarga terpaksa dipindahkan ke 10 pusat pemindahan sementara hari ini berbanding 862 daripada 231 keluarga malam tadi susulan hujan lebat tanpa henti sejak kelmarin.

Artikel Berkaitan: