Tulisan Jawi dimuktamadkan dalam sukatan BM?

Kementerian Pendidikan dikatakan telah memuktamadkan sukatan pelajaran tulisan Jawi untuk sukatan pelajaran Bahasa Malaysia murid tahun empat termasuk di sekolah jenis kebangsaan yang dijangka dilaksanakan bermula tahun depan.
Kementerian Pendidikan dikatakan telah memuktamadkan sukatan pelajaran tulisan Jawi untuk sukatan pelajaran Bahasa Malaysia murid tahun empat termasuk di sekolah jenis kebangsaan yang dijangka dilaksanakan bermula tahun depan.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan dikatakan telah memuktamadkan sukatan pelajaran tulisan Jawi untuk sukatan pelajaran Bahasa Malaysia murid tahun empat termasuk di sekolah jenis kebangsaan yang dijangka dilaksanakan bermula tahun depan.

Sukatan tersebut dilaporkan memberi tumpuan terhadap teks jawi pada lambang negara, duit kertas ringgit Malaysia dan setem.

Memetik laporan Malaysiakini, secara keseluruhannya sukatan tulisan itu mengetengahkan perkataan teks Jawi seperti 'Bersekutu Bertambah Mutu' pada jata negara, 'Bank Negara Malaysia' dan 'Ringgit Malaysia' pada wang kertas serta perkataan 'Malaysia' pada setem.

"Pada minggu lalu, Kementerian Pendidikan telah memuktamadkan kandungan pelajaran tiga halaman teks tulisan Jawi," lapor portal itu hari ini.

Menurut Malaysiakini lagi, para guru diminta membimbing pelajar mengenali teks Jawi dan membentangkannya kandungan sukatan pelajaran itu yang dijangka diperkenalkan mulai tahun depan.

Dalam pada itu, sumber Kementerian Pendidikan memaklumkan kepada Sinar Harian bahawa pihaknya akan menyemak mengenai kesahihan laporan itu dengan segera.

Sejak rancangan Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan sukatan teks Jawi bagi murid tahun empat menerima pelbagai tentangan pelbagai pihak termasuk Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia(Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong).

Malah mereka dilaporkan akan mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember ini untuk membantah pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Artikel Berkaitan:

Selain mengajak semua pertubuhan Cina menghadiri persidangan itu, gabungan persatuan itu turut meminta lembaga pengelola dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) untuk memulangkan garis panduan pelajaran tulisan Jawi kepada Kementerian Pendidikan sebagai tanda bantahan.

Akhbar Sinchew Daily melaporkan kenyataan mereka, kedua-dua persatuan juga menegaskan peranan lembaga pengelola sekolah dalam membuat keputusan selain mahu Kementerian Pendidikan menarik balik garis panduan yang dikeluarkan.

ARTIKEL BERKAITAN Dong Jiao Zong anjur persidangan bantah tulisan Jawi di sekolah vernakular