Pengurus mengaku jual set golf milk syarikat dijel, sebat

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Seorang pengurus dijatuhi hukuman penjara selama setahun dan disebat dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas mengaku menjual lima set peralatan golf milik syarikat itu.

Hakim Hasbullah Adam menjatuhkan hukuman itu, hari ini ke atas Shinohara Koji yang merupakan warga Jepun.

Shinohara,39, turut didenda RM10,000 atau diperintah menjalani hukuman penjara tambahan sebulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Shinohara selaku orang kena saman (OKS) mengaku sebagai seorang pengurus syarikat yang telah digajikan dan diamanahkan terhadap penguasaan lima set peralatan golf berjumlah RM103,562, telah melakukan pecah amanah harta tersebut dengan menjualkan kesemua peralatan tersebut tanpa pengetahuan syarikat.

Antara set golf itu adalah Classic Augusta Putter, Classic XX Original Putter dan Beres Iron Set.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kedai menjual peralatan sukan di Publika, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, di sini antara jam 1 pagi hingga 11.59 malam pada 4 Disember 2017.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Timbalan Pendakwa Raya S Malini Anne Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Shinohara dalam bahasanya merayu kepada mahkamah agar dikenakan hukuman ringan kerana telah insaf.

Artikel Berkaitan:

"Saya tidak tahu kenapa saya buat perkara ini. Saya betul-betul insaf dan mahu menggantikan semula kepada pihak syarikat. Tolong beri peluang kedua," rayunya. - Bernama