Skuad ragbi B19 negara waspada ancaman UAE

Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Datuk Shahrul Zaman Yahya bersama barisan jurulatih dan pemain ragbi B-19 tahun negara selepas majlis penyerahan bendera dan jersi. Foto: KRM
Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Datuk Shahrul Zaman Yahya bersama barisan jurulatih dan pemain ragbi B-19 tahun negara selepas majlis penyerahan bendera dan jersi. Foto: KRM
A
A
A

KETUA Jurulatih Skuad Ragbi Bawah 19 tahun (B19) negara, Farid Syazwan mahu para pemainnya segera menyesuaikan diri dengan keadaan padang bagi menyaingi Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi pembukaan Kejohanan Ragbi Asia Bawah 19 Tahun Divisyen 2 (15’s) di Padang A Universiti Putra Malaysia (UPM), petang ini.

"Pemain-pemain negara harus cepat menyesuaikan diri dengan apa pun keadaan cuaca game hari ini.

"Pada masa sama cuba sedaya upaya menyaingi kepantasan dan fizikal pemain-pemain UAE," katanya pada sidang media perlawanan di sini semalam.

Mengenai persiapan mental dan fizikal pemain Farid berkata, persiapan mental dan fizikal skuad negara untuk kejohanan kali ini amat mencabar.

"Saya akui kami berlawanan dengan masa dalam usaha memantapkan penyediaan pasukan kerana tempoh masa pembentukan pasukan adalah singkat.

"Tapi komitmen tinggi dalam kalangan para pemain dan barisan coach berjaya memastikan skuad negara berada pada tahap terbaik," katanya.

Mengenai prestasi semasa skuad B19 Farid berkata, prestasi semasa pasukan amat baik cuma tempoh membentuk keserasian dalam kalangan pemain amat terhad dan mengambil masa.

"Biarpun begitu, saya percaya skuad B19 mampu mencipta kejutan apabila beraksi di laman sendiri ditambah pula dengan sokongan padu rakyat Malaysia," katanya.

Kejohanan Ragbi Asia Bawah 19 Tahun Divisyen 2 (15’s)

Artikel Berkaitan:

HARI INI

Malaysia lwn UAE

(Padang A UPM Serdang, 4 ptg)

RABU

Malaysia lwn UAE

(Padang A UPM Serdang, 4 ptg)