'Semua ahli PKR perlu patuhi arahan Anwar'

Fuziah
Fuziah
A
A
A

KUANTAN - Perbalahan dan sikap tuduh menuduh secara terbuka dalam krisis Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menjejaskan imej parti.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang, Fuziah Salleh berkata, tindakan itu juga tidak dapat menyelesaikan kemelut dalaman yang dihadapi PKR ketika ini.

Menurutnya, perbalahan yang berlaku di dalam parti perlu diselesaikan melalui saluran parti.

"Saya harap semua ahli parti mematuhi nasihat dan arahan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menggunakan saluran parti bagi menyelesaikan masalah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Kelmarin, Anwar mengarahkan semua pihak menggunakan saluran dalaman dan berhenti membuat kenyataan terbuka berkaitan perbalahan yang berlaku.

Anwar turut meminta semua pimpinan dan parti mengemukakan pandangan serta bantahan dengan menggunakan saluran parti khususnya kepada lembaga disiplin.

Mengulas lanjut mengenai kenyataan itu, Fuziah berkata, arahan itu jelas menunjukkan bahawa parti berfungsi untuk menyelesaikan masalah berbanding 'berperang' sesama sendiri.

"Jika ada bukti perlanggaran disiplin atau perlembagaan parti oleh mana-mana pemimpin atau ahli, kaedah wajar ialah menghantar laporan kepada Lembaga Disiplin Parti untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

''Biar parti menyelesaikan kemelut yang dihadapi ketika ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Anwar gesa perbalahan dalaman PKR dihentikan