X

Kindly register in order to view this article
!

Xherdan Shaqiri memberi amaran kepada rakan-rakan sepasukannya agar tidak memandang rendah keupayaan kelab tercorot, Watford pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield malam ini.
A
A

TONGGAK Liverpool, Xherdan Shaqiri memberi amaran kepada rakan-rakan sepasukannya agar tidak memandang rendah keupayaan kelab tercorot, Watford pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield malam ini.

Ketika ini, The Reds selesa berada di tangga teratas carta liga apabila berkelebihan lapan mata di depan pencabar terdekat mereka, Leicester City. Selepas 16 perlawanan, Liverpool gah dengan rekod 15 kemenangan dan satu seri tatkala Watford pula hanya mampu meraih satu kemenangan.

Namun, Shaqiri tetap menganggap Watford sebagai pasukan merbahaya yang mampu mencipta kejutan, apatah lagi skuad The Hornets itu kini dibimbing pengendali baharu, Nigel Pearson.

“Saya rasa situasi itu (kedudukan Watford di tangga tercorot liga) bukan cerminan kualiti sebenar mereka. Mereka telah menukar pengurus dua kali dan saya anggap itu akan mendatangkan bahaya kepada Liverpool jika kami tidak bersedia sepenuhnya.

Ketika ini, The Reds selesa berada di tangga teratas carta liga apabila berkelebihan lapan mata di depan pencabar terdekat mereka, Leicester City.
Ketika ini, The Reds selesa berada di tangga teratas carta liga apabila berkelebihan lapan mata di depan pencabar terdekat mereka, Leicester City.

“Namun, kami akan beraksi di gelanggang sendiri, di hadapan penyokong sendiri, jadi saya cukup yakin kami mampu meraih tiga mata penuh. Apapun kami harus berwaspada dan menampilkan aksi terbaik,” katanya.

Liverpool menanti kunjungan Watford dengan momentum terbaik selepas menewaskan Red Bull Salzburg awal pagi Khamis lalu, sekali gus menyambar slot 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara selaku juara Kumpulan F.

Ketika ditanya tentang majlis undian saingan kalah mati Liga Juara-Juara pada 16 Disember ini, Shaqiri menjawab: “Secara jujurnya, kami mahu berdepan pasukan kerdil tetapi bagi saya, tidak ada pasukan kerdil.

“Jika anda melepasi saingan peringkat kumpulan, anda bukan lagi pasukan kerdil, anda adalah pasukan kuat. Setiap pasukan mempunyai kekuatan masing-masing, jadi tiada masalah (siapa lawan Liverpool nanti),” ujarnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!