X

Kindly register in order to view this article
!

Sidang Kemuncak KL platform terbaik bincang isu Kashmir, Uighur

Ahmad Fahmi
A
A

SHAH ALAM - Isu Kashmir dan Uighur diharapkan menjadi salah satu topik utama bakal dibincangkan pemimpin dunia yang menghadiri Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 (KL Summit 2019).

Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, sidang kemuncak berkenaan yang bakal diadakan pada 18 hingga 21 Disember ini dilihat ruang terbaik bagi mengangkat isu-isu tersebut sekali gus menemui mekanisme terbaik untuk menanganinya.

“Meskipun isu Kashmir telah lama, namun ia dilihat seakan terpinggir dan seolah-olah dipandang sebelah mata sedangkan situasi di sana sama seperti yang dihadapi etnik Uighur di wilayah Xinjiang.

“Kadang-kadang kita hanya menumpukan kepada konflik di Asia Barat tetapi konflik di Kashmir juga dekat dengan bangsa kita kerana Malaysia juga mempunyai pengaruh besar dalam bangsa China dan India,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurutnya, masyarakat di Malaysia juga seharusnya lebih peka, cakna dan prihatin terhadap isu Kashmir memandangkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed mula membangkitkan isu tersebut di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-74.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Kashmir: Hormati pendirian Tun M

Mengulas lanjut Ahmad Fahmi berkata, Malaysia juga boleh memainkan peranan sebagai diplomasi kemanusiaan dalam isu Kashmir.

“Selain bantuan kemanusiaan yang dihulurkan keprihatinan kita terhadap isu Kashmir ini adalah satu lagi sisi penting bagi Malaysia dan kita jangan takut kepada tekanan kerana inilah kebenaran yang perlu diketengahkan.

“Kalau Dr Mahathir boleh sebut pasal isu Palestin dengan istilahnya ‘against' Israel dan kenapa kita perlu takut dengan China dan India,” katanya.

Menurutnya, isu Kashmir boleh menyebabkan tercetusnya perang nuklear sekali gus membawa bencana kepada dunia sekiranya tidak diselesaikan dengan segera.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!