X

Kindly register in order to view this article
!

Konflik di Kashmir perlukan perhatian dunia

Muzzammil berkongsi kepada Sinar Harian mengenai kekejaman yang dilakukan tentera India kepada penduduk Kashmir semalam.
A
A

SHAH ALAM - Konflik yang berlaku di Kashmir bukan hanya merampas kebebasan dan keamanan namun turut menyebabkan 40,000 warga Kashmir dipercayai hilang tanpa berita sehingga kini.

Perkara itu didedahkan Pengarah Eksekutif The Justice Foundation Kashmir Institute of International Affairs (WKFM), Muzzammil Ayyub Thakur berdasarkan beberapa laporan oleh pihak media.

Menurutnya, semua itu mengambarkan tiadanya kebebasan dan keamanan di wilayah tersebut sehingga menyebabkan penduduknya hidup dalam ketakutan serta turut ‘berhijrah’ ke negara luar.

“Sebenarnya isu Kashmir ini bukanlah baharu sebaliknya sudah lama, cuma dunia tidak mendapatkan gambaran sebenar situasi berlaku di sana.

“Pembatalan status istimewa Kashmir melalui pemansuhan Artikel 370 daripada Perlembagaan India yang diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah telah mencetuskan konflik yang meruncing antara warga Kashmir dan kerajaan India,” katanya.

Muzzammil bersama isterinya, Shaista sewaktu mengadakan kunjungan ke Kumpulan Media Karangkraf di sini semalam.
Muzzammil bersama isterinya, Shaista sewaktu mengadakan kunjungan ke Kumpulan Media Karangkraf di sini semalam.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian sewaktu mengadakan kunjungan ke Kumpulan Media Karangkraf di sini semalam.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan warga Kashmir tiada kebebasan, hidup dalam ketakutan serta berlaku kekejaman termasuk terhadap kanak-kanak, golongan wanita serta wanita ibu mengandung.

Katanya lagi, keadaan Kashmir menjadi runcing di bawah kepungan India kerana penduduknya dikenakan perintah berkurung 24 jam dan sistem komunikasi seperti media sosial juga disekat.

Muzzammil turut berkongsi, aktivis sepertinya hadapi kekangan untuk laksanakan misi kemanusiaan di wilayah tersebut disebabkan pelbagai faktor dan risiko termasuk kawalan ketat ketenteraan India.

“Segelintir penduduk mengambil langkah berani dan inisiatif sendiri masuk ke negara India bagi menghebahkan realiti sebenar yang berlaku kepada dunia menerusi media sosial.

“Usaha dilakukan ini mendapat sokongan aktivis di beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom (UK) yang kemudiannya mengorak langkah mewujudkan kempen kesedaran berkaitan Kashmir,” jelasnya yang ditemani isterinya juga seorang aktivis, Shaista Safi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!