MBSA buka permohonan lesen bazar Ramadan

Gambar hiasan. (Gambar kecil: Shahrin)
Gambar hiasan. (Gambar kecil: Shahrin)
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuka permohonan permit bazar Ramadan dalam talian sehingga 31 Disember ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, permohonan melalui laman sesawang https://bazar.mbsa.gov.my itu mula dibuka sejak 1 Disember lalu.

Menurutnya, orang ramai perlu mengisi borang permohonan dan memuat naik salinan dokumen diperlukan dengan lengkap sebelum proses pendaftaran dilaksanakan.

“Sebanyak 31 lokasi tapak bazar disediakan MBSA tahun depan termasuk di Seksyen 6, 7, 8, 16,17, 18,19, 20, 24, 25, 27, 28, 31,33, 35, U2, U3, U5, U8, U10, U13, U19 dan U20.

“Kadar bayaran permit berbeza mengikut jenis barang jualan. Bagi jualan makanan dan minuman kadar permit adalah RM257, jualan makanan (bergoreng), air kelapa/tebu dan jualan berbakar (RM287) manakala bayaran permit sebanyak RM347 bagi jualan ayam golek,” katanya.

Menurutnya, sebarang pertanyaan berhubung permit boleh dibuat dengan menghubungi Jabatan Pelesenan MBSA di talian 0355105133 (sambungan 1753/1317/ atau 1699).

Artikel Berkaitan: