Warga emas maut kereta langgar belakang lori

Kereta Iswara dipandu mangsa merempuh belakang sebuah lori kontena di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu pagi tadi.
Kereta Iswara dipandu mangsa merempuh belakang sebuah lori kontena di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu pagi tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang warga emas maut selepas kereta dipandunya melanggar belakang sebuah lori kontena membawa muatan buah-buahan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini pagi tadi.

Kejadian pada jam 6.30 pagi di hadapan sebuah stesen minyak itu berlaku ketika mangsa, Thong Yew Kwang, 69, memandu kereta Proton Iswara seorang diri dari arah Bayan Lepas menghala ke pusat bandar.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, hasil siasatan awal di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa telah melanggar bucu kanan lori kontena yang berhenti di tepi kiri jalan.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami cedera parah di muka dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Proses bedah siasat akan dijalankan untuk mengetahui punca kematian.

"Pemandu lori berusia 25 tahun tidak mengalami kecederaan dan mempunyai lesen memandu yang sah," katanya ketika dihubungi tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: