X

Kindly register in order to view this article
!

PH masih dahului UMNO dan Pas: Zuraida

Zuraida
A
A

KUANTAN - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan kajian dilaksanakan EMIR Research memberi petunjuk positif berhubung kedudukan Pakatan Harapan (PH) khususnya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang apabila parti kerajaan dilihat semakin mendapat sokongan rakyat.

Naib presidennya, Zuraida Kamaruddin berkata, dapatan kajian tersebut nyata berbeza dengan kajian sebelum ini yang dilihat tidak memihak kepada PH, sekali gus memperlihatkan sokongan rakyat terhadap PH semakin pulih.

"Bagi saya, ia satu berita baik sebab ada peningkatan dari segi sokongan. Kalau sebelum ini, kajian mendapati sokongan terhadap PH menurun.

"Jadi, kajian ini membuktikan PH masih lagi mendahului UMNO dan Pas serta rakyat masih menerima PH," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Rumah Mampu Milik Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang akan dibangunkan di Taman Mahkota Aman 2 sebentar tadi.

Hadir sama, Pengerusi SPNB, Datuk Seri Mohammad Mentek dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Hamdan Hussin.

Semalam, EMIR Research mendedahkan hasil kajian selepas menjalankan penyelidikan Indeks Kebimbangan Negara (NWI) yang dikeluarkan pada November lalu mengenai sokongan dan pandangan rakyat terhadap parti politik menjelang PRU15.

Daripada 1,992 responden terdiri daripada 104 latar belakang berlainan mendapati PH mendapat undian tertinggi sebanyak 41 peratus berbanding UMNO dan Pas yang memperoleh 38 peratus bagi kerusi Parlimen.

Ia diikuti 17 peratus responden memilih parti Bebas, manakala empat peratus lagi tidak berminat untuk mengundi.