Makanan depan pintu, penghantar barang berjoget gembira

Karim Reed III terkejut melihat beberapa makanan dan minuman secara percuma di hadapan rumah Ouma.(Gambar bawah: Tarian kegembiraan Karim Reed III tular di laman sosial.)
Karim Reed III terkejut melihat beberapa makanan dan minuman secara percuma di hadapan rumah Ouma.(Gambar bawah: Tarian kegembiraan Karim Reed III tular di laman sosial.)
A
A
A

MIDDLETOWN - Bagi menghargai ejen penghantar barang, seorang wanita telah berkongsi rezeki seperti makanan ringan dan minuman diletakkan di hadapan pintu rumah.

Kisah penuh inspirasi itu tular di laman sosial membuatkan Kathy Ouma menjadi popular dan rata-rata netizen turut menyokong tindakannya berbuat demikian.

Katanya, pemberian snek percuma itu dilaksanakan sejak empat tahun lalu.

"Saya akan letak beberapa makanan dan minuman seperti air gas, coklat, biskut, serta memberi notis ringkas seperti sila ambil beberapa barang untuk dinikmati sepanjang perjalanan anda. Terima kasih kerana memberi barangan dan memudahkan kami," katanya kepada CNN.

Sebelum ini rakaman berdurasi 53 saat dari kamera litar tertutup (CCTV) di rumah Ouma memaparkan seorang lelaki dari syarikat Amazon gembira apabila menerima beberapa makanan hingga dia menari kegirangan.

Memetik CNN, Karim Reed III baru bekerja selama tiga bulan sebagai ejen penghantar barangan di sekitar Middletown, Delaware.

Reed memberitahu CNN bahawa gerakan tarian itu adalah tarian gembiranya sejak berusia 7 tahun.

Katanya, pada hari tersebut dia lupa membawa makanan dan terkejut apabila tuan rumah menyediakan makanan sekali gus hari itu adalah hari penuh bahagia.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, kata Ouma, sejak tarian gembira itu tular, rata-rata orang dari Amsterdam, London dan Australia menghantar mesej menerusi Facebook dan turut meletakkan makanan ringan untuk pemandu penghantar barang mereka.

Jelas Ouma, "Anda boleh mengalih aura positif bukan sahaja di orang di sekeliling anda, tetapi seluruh dunia."

Sehingga kini, posting video di Facebook Ouma mencecah lebih 11 juta tontonan dari netizen.

Posted by Kathy Ouma on Tuesday, December 3, 2019