Kadar sewa kuanters PPj tidak naik

Kenyataan media PPj
Kenyataan media PPj
A
A
A

PUTRAJAYA - Perbadanan Putrajaya (PPj) memutuskan untuk tidak menaikkan kadar sewa bagi kuaters Blok F dan G milik perbadanan itu di Presint 11, di sini.

Presiden PPj, Datuk Dr Aminuddin Hashim berkata, langkah untuk menaikkan kadar sewa dilihat tidak sesuai untuk untuk dilaksanakan dalam keadaan semasa.

"Selepas perbincangan dengan Kementerian Wilayah, maka PPj telah membuat keputusan untuk tidak menaikkan kadar sewa kuaters blok F dan G.

"Ini kerana ia tidak sesuai dilaksanakan dalam keadaan semasa," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Notis makluman berhubung kadar baharu sewa bulanan bagi kedua-dua unit kuaters itu yang ditetapkan pada kadar RM400 hingga RM500 akan dinaikkan kepada RM600-RM900 tersebar luas di media sosial.

Menurut notis itu lagi, kenaikan terpaksa dilakukan berikutan kos penyelenggaraan dan pembaikan kuaters yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) yang membuat penilaian sebelum ini turut mendapati kadar sewaan bagi kawasan sekitar juga meningkat.

Artikel Berkaitan: