X

Kindly register in order to view this article
!

Zidane tiada masalah jika bertemu Liverpool

Zidane yakin pasukan akan menewaskan lawan termasuk Liverpool pada saingan 16 pasukan akhir UCL.
A
A

PENGENDALI Real Madrid, Zinedine Zidane yakin pasukan tidak berdepan masalah besar walaupun terpaksa bertemu Liverpool pada aksi 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Perkara tersebut dinyatakan selepas pasukannya hanya berada tempat kedua Kumpulan A dibelakang Paris Saint Germain (PSG) yang mengumpul 16 mata hasil empat kemenangan dan satu seri.

Zidane berpendapat pasukannya perlu bertemu juara kumpulan termasuk Barcelona, Manchester City, Bayern Munich, Juventus dan Liverpool yang kini berada pada kemuncak prestasi.

"Kami tidak boleh jangkakan Real Madrid perlu bertemu pada pertembungan 16 pasukan terakhir UCL kerana soal pengundian diluar kuasa kami.

"Tetapi jika kami perlu berdepan Liverpool, kami sedia untuk menyingkirkan mereka.

"Kami bermain dengan baik dan meraih kemenangan pada perlawanan akhir kumpulan. Walaupun mungkin ada berpendapat kami berhempas pulas untuk menang sebenarnya kita menggunakan lima pemain pertahanan kali ini," katanya.

Real menewaskan Club Brugge 3-1 yang menyaksikan gol-gol dijaringkan pada separuh masa kedua oleh Rodrygo, Vinicius Junior dan Luka Modric awal pagi tadi.

Sekiranya Real Madrid bertemu Liverpool pada pertembungan 16 pasukan terakhir, sudah pasti ia menjadi ulangan kepada perlawanan akhir UCL 2018 yang menyaksikan The Galacticos menang 3-1.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!