X

Kindly register in order to view this article
!

JKM kesan ibu kandung dua kanak-kanak

Muhammad Ubaidillah, Muhammad Erwin
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur mengesan ibu kandung atau waris kepada dua kanak-kanak lelaki bagi urusan dokumen.

JKM menerusi satu kenyataan memaklumkan Muhammad Erwin Ikhwan Abdullah, 9, ditempatkan di JKM sejak 13 Ogos 2012 selepas diserahkan ibu kandung yang tidak mampu menjaga dan memelihara kanak-kanak itu.

Menurut kenyataan itu, ibu kandung Muhammad Erwin bernama Nor Asmat Mat, 39, tidak dapat dikesan sejak tiga tahun lalu.

“Ibu kandung atau waris kanak-kanak ini diminta menghubungi Pelindung JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Asiah Bachok di talian 0326124000,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan, JKM turut mengesan seorang lagi ibu kandung atau waris kepada kanak-kanak bernama Muhammad Ubaidillah Abdullah, 7.

Menurut kenyataan itu, ibu kandung Muhammad Ubaidillah yang bernama Aida Syafika Samot, 29, meninggalkan kanak-kanak itu kepada teman lelakinya selepas melahirkannya di rumah bersalin di Skudai, Johor.

“Ibu kandung kanak-kanak ini gagal dikesan sehingga kini. JKM meminta waris atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkenaan ibu bapa kandung kanak-kanak supaya menghubungi Pelindung kes, Mohd Fitri Mohamed Noor di talian 032612 4000 (sambungan 4122).

“Pencarian ibu kandung atau waris penting bagi memberikan maklumat yang dapat membantu mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak, kelak,” menurut kenyataan itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!