'Rezeki terakhir seorang ayah...'

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM – Seorang lelaki bersama adik-beradiknya sempat menunaikan 'tanggungjawab terakhir' terhadap ayahnya sebelum dikebumikan.

Perkongsian kisah melalui video yang dimuat naik lelaki tersebut yang menggunakan akaun Hamka Kereta Mayat, memaparkan kisah bagaimana ayahnya meninggal dunia di hadapan anak-anak.

Lebih menyentuh hati, pengurusan jenazah sehingga ayahnya dikebumikan diuruskan sendiri kesemua anak-anak, termasuklah mengimamkan solat jenazahnya.

No Image Caption

“'Rezeki' ayah adalah meninggal dunia di hadapan anak-anak, kiri kanan tangan digenggam anak-anak, kiri kanan kaki digosok anak anak. Di telinga pula, kiri kanan dibaca Yasin dan bergilir-gilir diajar kalimah Tauhid.

“Rezeki ayah tak berhenti di situ, anak lelakinya seramai enam orang mandikan jenazah ayah, abang sulung dan nombor dua mandikan kepala ayah, anak nombor tiga meriba badan ayah, nombor empat meriba punggung ayah, saya meriba kaki ayah dan yang lain menyiram dan menggosok badan ayah.

“Ayah mandi buat kali terakhir di ribaan anak-anak. Rezeki ayah bertambah lagi kerana diimamkan solat jenazah oleh anak nombor dua, dikubur, talkin oleh anak nombor tiga,” katanya.

Dia turut berharap nikmat diuruskan jenazah oleh anak-anak sendiri akan dapat dinikmati oleh orang Islam lain ketika saat datangnya ajal.

Artikel Berkaitan:

Gambar yang dikongsi pengguna Facebook Hamka Kereta Mayat ketika arwah ayahnya (kiri) masih hidup.
Gambar yang dikongsi pengguna Facebook Hamka Kereta Mayat ketika arwah ayahnya (kiri) masih hidup.

“Benar kata ulamak, rezeki terbesar selepas mati adalah doa dari anak yang soleh. Semoga kita semua dikurniakan nikmat ini,” katanya.

Perkongsian kisah itu di Facebook dan YouTube kini tular di media sosial dan rata-rata netizen bersimpati serta mengucapkan takziah kepada individu tersebut.

Antara reaksi netizen yang bersimpati serta mengucapkan takziah.
Antara reaksi netizen yang bersimpati serta mengucapkan takziah.

“ALLAH, sebak aku baca perkongsian anak tentang ayahnya. Beruntung si ayah kerana semua anak-anaknya sendiri yang telah menguruskan jenazahnya, malahan solat jenazah pun diimamkan anaknya. Besar sungguh didikan kepada anaknya. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” tulis Ahmad Din di Facebook.

An'nur Mawar pula memberitahu, “Ibu dan ayah pinjaman terindah daripada ALLAH. Saat pinjaman dikembalikan, dunia terasa suram. Semoga arwah ayah tuan dan arwah ayah saya ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh. Rindu yang tidak terucap,”.