X

Kindly register in order to view this article
!

Seremban diisytihar bandar raya 1 Januari 2020

Aminuddin
A
A

SEREMBAN - Seremban bakal diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Januari 2020.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bagaimanapun berkata, pengisytiharan rasmi akan dilakukan pada 20 Januari 2020 oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Menurutnya, kerajaan bersetuju melantik seorang Datuk Bandar dan seorang setiausaha untuk menguruskan hal ehwal pentadbiran namun enggan mendedahkan nama individu tersebut.

"Pelbagai acara dan sambutan sedang dirancang bagi meraikan Bandaraya Seremban dengan penuh gemilang," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri hari ini.

Aminuddin juga memberitahu, seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan ditempatkan di Wisma Negeri bermula tahun hadapan.

Katanya, usaha itu adalah sebagai usaha mengurangkan gejala rasuah di pejabat terutama dalam kalangan penjawat awam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!