Minta Rafizi pertimbang keputusan untuk bersara

Aminuddin (kanan) pada sidang akhbar di Wisma Negeri, Seremban hari ini. Gambar kecil: Rafizi
Aminuddin (kanan) pada sidang akhbar di Wisma Negeri, Seremban hari ini. Gambar kecil: Rafizi
A
A
A

SEREMBAN - Pengerusi Majlis Pimpinan negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun meminta Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mempertimbangkan semula keputusan untuk bersara daripada politik.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri itu berkata, Rafizi merupakan tokoh politik yang berkebolehan.

"Sebagai seorang sahabat, saya merayu kepada Rafizi agar mempertimbangkan semula keputusan itu (tidak bersara dalam politik).

"Negara tidak seharusnya kehilangan tokoh politik yang betul-betul berjuang untuk memastikan perubahan itu berjalan dengan baik.

"Kita tidak mahu kehilangan seorang yang mampu memberi pandangan dan idea khususnya untuk rakyat dalam melihat demokrasi dapat dilaksanakan dengan baik," katanya pada sidang akhbar mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Negeri di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: