Tambahan 8 minit waktu subuh di Pahang

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang memutuskan tambahan masa lapan minit bagi permulaan waktu subuh di negeri ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Taha berkata, pelaksanaan perubahan itu hanya melibatkan waktu solat Subuh sahaja dan berkuatkuasa bermula hari ini.

Menurutnya, perubahan waktu solat subuh itu membabitkan semua daerah negeri Pahang.

Melalui surat rasmi berhubung perkara itu bertarikh hari ini, semua Kadi Daerah diminta memberi penerangan dan makluman di masjid dan surau di bawah pentadbiran masing-masing.

Sebelum ini, Selangor dan Wilayah Persekutuan telah melaksanakan perubahan waktu solat Subuh sepertimana yang diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-116.

Artikel Berkaitan: