Hakikat sebenar di Xinjiang

Suasana kelas di Institut Islam Xinjiang yang kondusif memberi keselesaan kepada pelajar untuk menuntut ilmu. Gambar kecil: Bai Tian
Suasana kelas di Institut Islam Xinjiang yang kondusif memberi keselesaan kepada pelajar untuk menuntut ilmu. Gambar kecil: Bai Tian
A
A
A

SEJAK tahun lalu hingga kini, isu Xinjiang, China paling kerap digembar-gemburkan oleh media Barat.

Contohnya, gerakan penahanan Muslim secara besar-besaran di China, jutaan umat Islam dipenjarakan di dalam kem penumpuan oleh kerajaan, krisis kemanusiaan yang paling teruk dalam 90 tahun dan lain-lain.

Itulah tajuk dan ayat yang agak menghairankan dan mengejutkan ditulis oleh New York Times, CNN serta media Barat lain.

Namun, berapa banyak laporan tersebut berdasarkan hakikat? Berapa yang menerangkan perihal sebenar? Ingin saya jelaskan perkara yang media Barat enggan memberitahu anda.

Menurut media Barat, umat Islam dianiaya di China dan kerajaan China cuba menghapuskan kepercayaan dan kebudayaan warganegara Muslimnya.

Bagaimanapun, mereka enggan memberitahu anda bahawa kerajaan China sebenarnya melindungi kebebasan agama dan kepercayaan, berteguh untuk menjaga hak dan kepentingan setiap kaum minoriti, melarang diskriminasi dan penindasan terhadap mana-mana kaum.

Terdapat hampir 200 juta pemeluk agama di China antaranya lebih 20 juta adalah Muslim.

Kaum Hui dan kaum Uyghur ialah dua kaum utama dalam Muslim China.

Artikel Berkaitan:

Banyak restoran mi tarik halal di Kuala Lumpur diusahakan oleh orang Muslim Hui dari China.

Suasana pembelajaran awal kanak-kanak Xinjiang di Tadika Aksu Yingbazha.
Suasana pembelajaran awal kanak-kanak Xinjiang di Tadika Aksu Yingbazha.

Di Xinjiang, restoran halal boleh didapati di mana-mana tempat, jumlahnya jauh lebih banyak daripada restoran bukan halal dan menarik ramai pelanggan baik orang Muslim mahupun bukan Muslim.

Di Xinjiang, terdapat lebih 28,000 tempat keagamaan, hampir 30,000 pengajar agama, setiap 530 orang Muslim mempunyai satu masjid secara purata. Kadar itu lebih tinggi daripada negara-negara Islam seperti Turki.

Kaum Uyghur dan kaum minoriti yang lain tidak dianiaya di China, sebaliknya menikmati dasar dan kebajikan sosial yang lebih baik berbanding kaum Han iaitu kaum majoriti di China.

Fahaman ekstremis

Dari segi dasar kelahiran, untuk memastikan nisbah populasi kaum-kaum minoriti dipertingkatkan, kaum Uyghur dan kaum-kaum minoriti lain menangguhkan pelaksanaan Polisi Pengawalan Kelahiran 10 tahun berbanding dengan kaum Han.

Sehingga kini, mereka masih mengamalkan polisi longgar, petani dan penggembala sebahagian kaum minoriti dibenarkan untuk melahirkan empat anak.

Dari segi dasar pendidikan, wilayah di China menjalankan polisi pendidikan wajib sembilan tahun percuma, manakala Xinjiang adalah wilayah pertama yang melaksanakan polisi pendidikan 15 tahun percuma.

Hampir 10 juta pelajar China menduduki Peperiksaan Kemasukan Kolej setiap tahun iaitu peperiksaan terpenting untuk masuk ke universiti.

Markah pelajar kaum minoriti di Xinjiang serta kawasan lain bertambah, paling banyak 50 hingga 60 mata.

Hal itu bermakna, pangkat pelajar itu akan mengatasi ratusan ribu pelajar kaum Han.

Dari segi dasar pengebumian pula, keluasan purata tanah suai tani di China kurang daripada satu pertiga keluasan purata dunia dan harga tanah di bandar-bandar China sememangnya melambung tinggi. Oleh sebab itu, kaum Han mesti menjalankan pembakaran mayat.

Namun orang Islam di China dibenarkan untuk mengamalkan adat resam pengebumian menurut agama Islam.Menurut media Barat, kerajaan China telah bertindak menindas kaum Uyghur dan kaum minoriti Muslim yang lain atas nama memerangi keganasan dan fahaman ekstremisme.

Bagaimanapun, tahukah anda bahawa Barat sendiri enggan mendedahkan bahawa sejak 1990-an, wilayah Xinjiang khususnya kawasan selatan paling miskin diresapi fahaman keganasan dan ekstremis, misalnya Pergerakan Islam Turkestan Timur (ETIM) secara berterusan.

Sebilangan pertubuhan asing yang mempunyai motif terselindung menawarkan dana kepada keluarga tempatan untuk menggalakkan anak-anak supaya tidak belajar di sekolah kerajaan tetapi pergi sekolah agama haram dan menerima fahaman ekstremis.

Sesetengah pengikut fahaman pemisah bertindak memecahkan wilayah Xinjiang daripada China dan menubuhkan negeri Turkestan Timur yang mengamalkan sistem teokrasi.

Changji Snack Street yang menjual makanan halal kepada penduduk di Urumqi, wilayah Xinjiang.
Changji Snack Street yang menjual makanan halal kepada penduduk di Urumqi, wilayah Xinjiang.

Dari tahun 1990 ke hujung tahun 2016, kumpulan pengganas, pelampau agama dan pengikut fahaman pemisahan dari dalam dan luar China mencetuskan ribuan insiden keganasan di Xinjiang dan kawasan lain.

Hal itu menyebabkan kematian dan kecederaan ramai orang pelbagai kaum, ratusan polis terkorban, kerugian harta benda tidak dapat dikira.

Tarikh 5 Julai 2009 dianggap sebagai hari yang paling hitam di Xinjiang.

Ratusan pelampau agama kaum Uyghur menyerang orang biasa, pegawai keselamatan awam dan polis serta menghancurkan dan membakar bangunan kerajaan, kediaman, kedai serta kereta di jalan bandar Urumqi.

Insiden itu telah menyebabkan seramai 197 penduduk maut dan lebih 1,700 cedera.

Pada 6 Julai tahun yang sama pula, Imam Masjid Id Kah di Kashgar, Xinjiang, Mullah Juma Tayier mendakwa ia insiden keganasan yang dirancang kumpulan pemisahan asing atas nama agama.

Lebih menyedihkan apabila Mullah dibunuh oleh tiga orang pelampau agama di luar masjid selepas beliau mengimamkan solat Subuh pada 30 Julai 2014.

Menurut sumber, Mullah dibunuh kerana pernah beberapa kali mengutuk fahaman ekstremisme dan jenayah keganasan di Xinjiang.Oleh sebab situasi keselamatan semakin meruncing, kerajaan China dan wilayah Xinjiang terpaksa melaksanakan tindakan memerangi jenayah keganasan, memberi tumpuan kepada pencegahan keganasan dan penghapusan ekstremisme.

Hasilnya kini, sudah tiga tahun tiada insiden keganasan berlaku di Xinjiang, rakyat jelata boleh keluar berjalan-jalan serta pergi ke pasar malam tanpa rasa bimbang.

Pada tahun 2018, industri pelancongan Xinjiang berkembang pesat.

Jumlah pelancong dari dalam dan luar China mencecah 150 juta iaitu bertambah 40 peratus.

Semua pelancong yang pernah mengunjungi Xinjiang merasai keamanan, keindahan dan kemakmuran sana.

Bagaimanapun, dakwa media Barat, Pusat Pendidikan dan Latihan Vokasional Xinjiang ialah kem penumpuan di mana umat Islam dipenjarakan dan dikenakan brainwash (memaksa perubahan fikiran dengan tekanan) dengan zalim tetapi mereka enggan memberitahu dunia hakikatnya iaitu Pusat Pendidikan dan Latihan Vokasional adalah sekolah berasrama. Sebenarnya para pelatih boleh berkomunikasi dengan luar orang luar, pulang ke rumah setiap hujung minggu dan bercuti.

Tahukah anda, setiap pelajarnya menguasai ilmu sains dan kebudayaan, kemahiran vokasional melalui kursus latihan. Selepas tamat pelajaran, mereka akan mencari rezeki dan memulakan kehidupan baru.

Sebilangan pelatih masuk ke pusat pendidikan itu kerana mereka mahu menjauhkan diri daripada fahaman ekstremis dan membaiki kehidupan keluarga.

* Bai Tian ialah Duta Besar China ke Malaysia