Lagu Negaraku versi Arab: Polis rakam keterangan pihak terlibat

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis telah mengenal pasti lokasi klip video tular yang memaparkan lagu kebangsaan dinyanyikan dalam bahasa Arab.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kejadian itu berlaku di Sekolah Kebangsaan Batu Empat, Gurun, Kedah.

“Rakaman percakapan ke atas saksi-saksi yang dikenal pasti antaranya guru besar, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda, Kedah dan suspek yang telah merakam dan memuat naik video di Facebook telah dilaksanakan, semalam.

"Kita juga telah menerima lapan laporan polis berkaitan isu sama,” katanya melalui kenyataan media tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat video lagu Negaraku versi Arab

Dalam perkembangan sama, Huzir memaklumkan pihaknya telah merakam keterangan dua individu iaitu Penolong Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan, Pejabat Pendidikan Daerah (Aduan/Siasatan), Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ma Hwa bagi membantu siasatan berhubung lagu kebangsaan dinyanyikan dalam bahasa Mandarin.

“Kita juga akan merakam beberapa saksi lain berdasarkan temu janji yang telah diaturkan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 (3) Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin