Pemandu lori hina, halang tugas polis berdepan 8 kesalahan trafik

Pemandu lori akan berhadapan dengan kesalahan trafik.
Pemandu lori akan berhadapan dengan kesalahan trafik.
A
A
A

IPOH - Pemandu lori yang didakwa atas pertuduhan menghina dan menghalang tugas anggota polis yang videonya tular minggu lalu akan berdepan lapan kesalahan trafik.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, kesemua kesalahan itu membabitkan tiga kesalahan baharu yang dilakukan ketika insiden itu Khamis lalu.

"Mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap bagi lima kesalahan dan kes disebut semula pada 6 Januari 2020.

"Kesalahan tersebut membabitkan tiada lesen memandu, tidak memakai topi keledar dan tiada perlindungan insurans," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, tiga kesalahan baharu pula akan didakwa pada 10 Februari depan.

"Tiga kesalahan itu adalah muatan bahaya atau tidak kemas, tiada lesen memandu dan tiada perlindungan insurans," katanya.

Kelmarin, M Kevin Raj, 33, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu kesalahan dadah dan menghalang pegawai polis menjalankan tugas.

Sementara itu, isterinya, R Loganayagi, 29, pula didakwa atas empat tuduhan menghina polis, gagal menunjukkan kad pengenalan, khianat dan gaduh gempar.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Padah provokasi polis, suami isteri didakwa di mahkamah