X

Kindly register in order to view this article
!

'Moga amal jariahnya akan terus berpanjangan...'

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menahan sebak pada pengebumian jenazah bapanya Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmood, 93, di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana hari ini. Wan Ismail meninggal dunia pada 2.30 pagi ini akibat sakit tua di kediamannya di Taman Ampang Utama di Kuala Lumpur. - Foto Bernama
A
A

AMPANG - [VIDEO] [DIKEMASKINI] Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan pemergian bapanya itu satu kehilangan besar buat negara kerana Allahyarham banyak menyumbang bakti sejak zaman Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lagi.

"Segala kisah yang dikongsikan ketika beliau berkhidmat dalam kerajaan itu menjadi pedoman buat kami dan saya berharap amal jariah yang dilakukan akan terus berpanjangan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Timbalan Perdana Menteri meninggal dunia

Sementara itu Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata, pengorbanan Allahyarham tidak akan dapat dilupakan kerana beliau banyak membantu negara ketika zaman komunis satu ketika dahulu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan menahan sebak pada pengebumian jenazah bapanya Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmood, 93, di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana hari ini. - Foto Bernama
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan menahan sebak pada pengebumian jenazah bapanya Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmood, 93, di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana hari ini. - Foto Bernama

Menteri Kewangan Lim Guan Eng pula ketika ditemui merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

"Saya pasti keluarganya amat berbangga atas jasa Allahyarham dan semoga Dr Wan Azizah serta keluarga tabah menghadapi ujian ini," katanya.

Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmud, 93, menghembuskan nafas terakhir jam 2.30 pagi tadi akibat sakit tua di kediamannya di ibu negara.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Terdahulu jenazah dibawa ke Masjid Al Mustaqim, Taman Nirwana di sini, untuk disolatkan pada jam 9 pagi.

Wan Azizah menyiram air mawar di pusara bapanya Dr Wan Ismail Wan Mahmood, 93, di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana hari ini. - Foto Bernama
Wan Azizah menyiram air mawar di pusara bapanya Dr Wan Ismail Wan Mahmood, 93, di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana hari ini. - Foto Bernama

Turut menziarah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr Xavier Jayakumar; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Allahyarham Wan Ismail meninggalkan isteri Datin Mariah Khamis, 85, empat anak perempuan termasuk Wan Azizah dan seorang anak lelaki.

Lebih 500 orang hadir ke tanah perkuburan termasuk Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.

Allahyarham Wan Ismail pernah berkhidmat sebagai bekas penasihat cawangan khas sewaktu era Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein.

Allahyarham juga pernah berkhidmat di Bahagian Gerak Saraf Perang Saraf dan Jabatan Penerangan.