Teori konspirasi PM, Yusoff Rawther kalahkan Hollywood: Peguam

Mohamed Hanif
Mohamed Hanif
A
A
A

SHAH ALAM - Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla menafikan teori konspirasi mengaitkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai dalang dalam kes Muhammed Yusoff Rawther.

Mohamed Haniff Khatri berkata, kehadirannya bersama Muhammed Yusoff ke Bukit Aman kerana tugasnya sebagai peguam yang mewakili anak muda itu.

"Ya, memang saya ada mewakili Dr Mahathir sebelum ini dan ada beberapa perkara yang saya masih kendalikan dalam beberapa fail peribadi beliau.

"Sebagai pengamal undang-undang swasta, kami tidak berhak menolak daripada mewakili mana-mana pihak melainkan dalam keadaan tertentu seperti kepentingan berkonflik atau jika boleh diaibkan secara profesional disebabkan kaitan terus kami dengan subjek perkara berkenaan. Kes Muhammed Yusoff tidak membatalkan perwakilan profesional saya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis terima laporan, akuan bersumpah Muhammad Yusoff Rawther

Polis buka kertas siasatan kes Yussof Rawther

'Ini muslihat jatuhkan imej saya!'

Semalam, Mohamed Haniff muncul bersama Muhammed Yusoff untuk memberi keterangan di Bukit Aman berkaitan dakwaan perlakuan tidak senonoh terhadapnya oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Artikel Berkaitan:

Muhammed Yusoff dilaporkan memberi keterangan bermula jam 2 petang sebelum dilihat keluar meninggalkan Bukit Aman pada jam pada 9.15 malam.

Mohamed Haniff berkata, dengan meletakkan hujah pencipta teori konspirasi di tahap tertinggi sekali pun fakta bahawa beliau berada di hadapan dalam mewakili Mohammed Yusoff, semestinya bagaikan 'sudah terang lagi bersuluh'.

"Pada hakikatnya Dr Mahathir tidak mungkin berada di belakang perkara ini sama sekali, kerana jika tidak, nescaya keberadaan saya di barisan hadapan sudah pasti menjadi satu pendedahan jelas konspirasi itu, bukankah begitu?," katanya.

Beliau berkata, kebolehan segolongan masyarakat Malaysia mencipta teori konspirasi luar biasa kadang-kadang boleh menjatuhkan kebolehan Hollywood, Bollywood dan Kollywood ke tangga kedua, ketiga dan keempat dalam kedudukan masing-masing.

"Mungkin ada baiknya, golongan itu mengguna pakai ciptaan teori masing-masing untuk pembikinan cerita wayang bagi tujuan memperoleh pulangan lumayan," katanya.