Larian amal anjuran YSPI kumpul dana RM20,000

Acara pelepasan peserta di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur kelmarin.
Acara pelepasan peserta di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur kelmarin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Sejumlah RM20,000 dana berjaya dikumpulkan menerusi larian amal anjuran syarikat farmaseutikal Y.S.P. Industries (M) Sdn Bhd (YSPI) di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur kelmarin.

Dana itu diserahkan oleh Timbalan Presiden YSPI, Grace Yap kepada Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Selangor dan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Kuala Lumpur dan Selangor.

YSPI dalam satu kenyataan berkata, program yang merupakan kesinambungan daripada larian amal tahun lalu itu bukan hanya disertai peserta tempatan malah dari luar negara seperti India, Filipina, Jepun, Taiwan, Itali dan Netherlands.

Katanya, dengan slogan Join, Joint, Joy, larian amal itu merupakan antara inisiatif syarikat tersebut untuk menggalakkan lebih ramai orang peka terhadap kesihatan tulang dan sendi serta mengamalkan gaya hidup sihat.

Sejumlah RM20,000 dana berjaya dikumpulkan menerusi larian amal anjuran YSPI di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur kelmarin.
Sejumlah RM20,000 dana berjaya dikumpulkan menerusi larian amal anjuran YSPI di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur kelmarin.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan antaranya permainan teng teng dan gelung rotan yang menguji kepantasan peserta, di samping memastikan mereka menggunakan otot serta sendi untuk lebih sihat.

"Selain itu, peserta juga dihidangkan dengan rangkaian susu Shine seperti soya, oat dan susu kambing.

"Terkenal dengan jenama makanan tambahan Shine, YPSI komited dengan aktiviti korporat sosial (CSR) dan sentiasa mengutamakan kualiti dalam setiap produk dihasilkan.

Artikel Berkaitan:

"Pada hari sama, terdapat pelbagai acara menarik seperti pemeriksaan kesihatan jisim tulang dan peserta dapat menganalisis tahap kesihatan tulang mereka secara keseluruhan," kata kenyataan itu.

Larian amal Join, Joint, Joy mendapat tajaan daripada Farmasi Tigas Alliance, BookDoc, Sports Direct MST Sdn Bhd, Anytime Fitness, Percetakan Tenaga Sdn Bhd, YCH Printing and Media Sdn Bhd, Farm in the City, Zoo Negara dan jenama air mineral MOMA Water Sdn Bhd selain penaja utamanya iaitu Shine, NUViT serta Sun Ten Pharmaceutical.

Menurut kenyataan itu lagi, susulan sambutan menggalakkan yang diterima, Shine Health Run akan dianjurkan lagi pada masa akan datang untuk memastikan masyarakat peka terhadap kesihatan masing-masing dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.

Barisan pemenang larian amal bergambar kenangan bersama Pengarah Pemasaran Perniagaan Antarabangsa YSPI, Sia Pik Nee di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur kelmarin.
Barisan pemenang larian amal bergambar kenangan bersama Pengarah Pemasaran Perniagaan Antarabangsa YSPI, Sia Pik Nee di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur kelmarin.