X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada campur tangan pihak luar pemilihan Mat Sabu

Mat Sabu dan Phahrolrazi
A
A

PETALING JAYA - Tiada sebarang campur tangan pihak luar dalam pemilihan Mohamad Sabu sebagai Presiden Parti Amanah Negara (Amanah).

Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, walaupun undian diperoleh Mohamad pada Konvensyen Nasional Amanah 2019 baru-baru ini tidak begitu popular, namun 27 ahli jawatankuasa (AJK) sebulat suara mengekalkan beliau sebagai presiden.

Beliau berkata, Amanah adalah sebuah parti baharu dan memerlukan kestabilan dalam organisasi berkenaan.

"Dalam Amanah, terdapat beberapa peringkat iaitu pemilihan 27 jawatankuasa tertinggi dan selepas itu mereka akan memilih siapa menjadi presiden.

"Kita sendiri sebulat suara memilih beliau sebagai presiden parti ini," katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Skuad Bantuan Banjir 2019 yang berlangsung di Ibu Pejabat Pertubuhan Peladang (Nafas) di sini hari ini.

Menerusi pemilihan bagi sesi 2019-2022 itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad memperoleh undian tertinggi dengan 786 undi manakala Mohamad berada di kedudukan ketujuh dengan 681 undian.