'Bukan kereta terbang tetapi dron'

Dr Mahathir ketika hadir di Adya Hotel hari ini.
Dr Mahathir ketika hadir di Adya Hotel hari ini.
A
A
A

LANGKAWI - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan isu kereta terbang sepatutnya tidak perlu diperbesarkan.

Beliau bagaimanapun tidak menolak bahawa projek berkenaan menjadi isu kerana dipanggil kereta terbang, walaupun hakikatnya ia sebuah dron.

"Sebenarnya ia adalah dron yang besar dan boleh membawa orang jika mahu ke sesuatu destinasi.

"Tak perlu menggunakan jalan. Kalau kereta biasa kena pakai jalan tetapi dron ini boleh terbang," katanya ketika sidang media di Adya Hotel hari ini.

Dr Mahathir berkata, jika rakyat tidak suka, pihak kerajaan tiada paksaan berkaitan perkara tersebut.

"Tak perlulah paksa, buat apa nak paksa. Ini cuma satu idea kalau orang suka terima, tak suka tak payah terima," katanya.

Artikel Berkaitan: