Tidak boleh ada dua parti dalam PKR

Naib Presiden PKR, Xavier Jayakumar berucap pada sesi pergulungan Kongres Nasional PKR ke-14 tahun 2019 di MITC hari ini. - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Naib Presiden PKR, Xavier Jayakumar berucap pada sesi pergulungan Kongres Nasional PKR ke-14 tahun 2019 di MITC hari ini. - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

MELAKA TENGAH - Tidak boleh ada dua parti dalam satu parti kerana kita semua adalah satu parti, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Xavier Jayakumar.

Menurut beliau, pergolakan dan pergeseran sesama sendiri dalam parti pada masa sekarang adalah sesuatu yang tidak wajar berlaku.

"Semua ahli perlu bersatu padu memperkukuhkan parti sekiranya tidak mahu bergelar kerajaan sepenggal.

"Jangan lupa pemimpin dan ahli yang bawa parti ini sehingga ke tahap sekarang menjadi pemerintah," katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional PKR Ke-14 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Xavier berkata, ahli parti perlu bersatu demi masa depan negara memandangkan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri kelapan tidak lama lagi.

"Kita sebagai satu parti kena tunjuk kepada rakyat bahawa kita sedia memerintah negara selama 10 tahun atau lebih daripada itu.

"Kita tidak boleh bertelagah sesama sendiri. Orang di luar tanya apa yang berlaku kepada pemimpin PKR, apa yang berlaku dalam kongres," katanya.

Artikel Berkaitan: